Jenis peroksida Peroksida

Dalam kimia organik

Rencana utama: Peroksida organik

Dalam kimia organik, peroksida merujuk kepada struktur R-O-O-R', di mana R dan R' merupakan sebarang kumpulan organik.[1] Sekiranya salah satu daripada R diambil alih oleh atom hidrogen, maka sebatian hidroperoksida terhasil dengan struktur R-O-O-H.

Dalam kimia tak organik

Ion peroksida dalam kimia tak organik merujuk kepada anion O22− yang juga mempunyai ikatan tunggal antara atom-atom oksigen.[1] Atom-atom oksigen dalam ion peroksida memiliki tahap pengoksidaan +1, tidak seperti ion oksida.